2 November, 2024

Rahsia Stock Market Yang Ramai Tak Tahu

Kongsikan artikel ini

Stock Market @ Pasaran Saham

Dalam menghadapi krisis ekonomi ini, ramai yang mula menceburkan diri dalam dunia Pasaran Saham bagi menambahkan pendapatan hidup. Ada yang menjadikannya sebagai pendapatan sampingan, malah ada juga yang menjadikannya sebagai pekerjaan sepenuh masa. Apa cara juga mereka sanggup untuk lakukan hanya untuk menambahbaik taraf hidup.

Stock market ini merupakan cabang pelaburan. Posting sebelum ini, kita sudah membincangkan bahawa pelaburan mempunyai 2 kategori iaitu jenis selamat dan jenis berisiko.

Anda rasa stock market dikategori mana?

Namun, masih ramai lagi yang tidak faham akan situasi sebenar pasaan saham ini. Ada yang mengganggap bahawa bermain saham ini hanya merugikan, hanya akan membankrapkan, sangat berisiko.

Sedar atau tidak bahawa ini semua adalah salah faham yang telah lama wujud? Sememangnya dunia pasaran saham ini berisiko. Tetapi ianya lebih berisiko bagi orang yang menceburkan diri dalam pelaburan ini tetapi langsung tiada ilmu tentangnya.

Melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu umpama tikus membaiki labu. Hanya akan menjerumuskan anda ke kancah kemusnahan. Sebab itu lah pentingnya ilmu supaya kita tidak tersalah langkah.

Oleh itu, sebelum masuk ke pasaran saham, anda kena kenali ilmu pasaran saham.

ir sofian akademi jl stock market di bursa saham banyak syarikat

Tahukah anda apa itu saham atau dipanggil share?

Saham wujud apabila sesebuah syarikat memerlukan dana atau wang bagi mengembangkan lagi syarikat mereka. Mereka menerbitkan saham melalui Initial Public Offering (IPO) di mana harga saham ditetapkan berdasarkan anggaran nilai syarikat tersebut.

Oleh itu, apabila anda membeli saham, anda sebenarnya membeli sekeping bahagian syarikat tersebut, dan anda automatik menjadi pemilik sebahagian dalam syarikat tersebut.

Syarikat pula dapat menyimpan dana dan membangkitkan syarikat dengan mengembangkan perniagaan mereka. Manakala saham akan terus diperdagangkan di Bursa seperti Bursa Malaysia, Bursa Saham New York (NYSE), Bursa Saham Nasional India dan banyak lagi.

Trader dan Investor akan terus membeli dan menjual saham syarikat di Bursa, walaupun syarikat tersebut tidak lagi menerima apa-apa wang dari trading tersebut. Syarikat hanya menerima wang daripada IPO.

Harga saham akan bergerak bebas di dalam Bursa setelah proses penawaran selesai. Perubahan pada harga saham bergantung kepada penawaran dan permintaan terhadap syarikat tersebut. Oleh itu, sekiranya ada sebab-sebab syarikat maju seperti sektor industri yang kuat, populariti syarikat, maka harga saham akan naik.

ir sofian akademi jl stock market di bursa saham


2 Jenis Pasaran Saham yang perlu diketahui:

1. Pasaran Utama –

Jenis syarikat milik persendirian, pemegang saham biasanya terdiri daripada pengasas dan pelabur awal yang boleh menjual saham mereka di bursa pasaran saham dan meraih ganjaran bagi risiko yang mereka ambil dalam mewujudkan dan mengembangkan usaha perniagaan mereka.

2. Pasaran Sekunder –

Pelabur yang memiliki saham dalam syarikat awam, pasaran saham membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan syarikat tanpa mengambil risiko memulakan syarikat sendiri.
.
.
Dalam dunia pelaburan saham, satu perkara yang penting adalah urusan jual beli saham. Sekiranya tersilap langkah dalam urusan jual beli ini, maka pasti anda akan mengalami kerugian.

Oleh itu, rahsia jual beli saham yang sesuai ini akan membantu anda membuat keputusan yang bijak.

Rahsia Beli & Jual Saham:

1. Timing – waktu membeli dan menjual saham haruslah kena pada waktunya. Tidak boleh sesuka hati beli dan jual. Cari waktu harga pasaran saham syarikat rendah untuk membeli dan jual ketika pasaran saham syarikat sedang naik meningkat.

2. News – Jangan mudah percaya bulat-bulat terrhadap khabar angin. Buat kajian terlebih dahulu untuk memastikan kesahihan berita. Baru buat keputusan untuk beli atau jual saham syarikat tersebut. Kerana ada berita yang sahih tetapi sampai kepada kita lambat berbulan-bulan. Jadi, waktu yang sesuai nya sudah terlepas.

3. Beli Lebih Saham – Jangan hanya beli pada satu saham sahaja, tetapi beli lebih saham yang berbeza- beza supaya ada back up apabila sesuatu berlaku.

4. Ilmu – Dalami ilmu baca pasaran saham. Untuk ketahui sama ada saham tersebut naik atau turun, lihat pada chart nya. Belajar ilmu teknikal analisis supaya dapat tahu dengan lebih jelas waktu yang sesuai beli dan jual saham.

Admin – FT

#Irsofian
#AkademiJL
#AJL