14 February, 2025

Pengenalan Program Gold Investment Mastery (GIM)

Untuk pengetahuan semua, Akademi JL bakal menganjurkan satu program terbaru iaitu Gold Investment Mastery pada 10 September 2016.

Gold Investment Mastery merupakan sebuah program yang akan mengajar anda cara untuk membuat pelaburan melalui emas fizikal.

Pelaburan emas fizikal merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan serta menambahkan kekayaan. Hal ini kerana emas fizikal merupakan logam yang sangat berharga dan bernilai. Ia mampu mengekalkan kekayaan kita ketika kegawatan ekonomi dan inflasi berlaku kerana emas fizikal sah dan diterima di dalam dan luar negara.

ir sofian akademi jl krisis ekonomi dunia 2016 lakukan persediaan

Tahukah anda bahawa dunia sekarang akan mengalami krisis ekonomi?? Krisis ekonomi terbesar yang melibatkan seluruh negara, bukan setakat negara Malaysia.

Oleh itu, Akademi JL mengambil inisiatif ini untuk mendedahkan anda di luar sana betapa peri pentingnya pelaburan emas fizikal ini yang akan membantu anda ketika krisis ekonomi ini berlaku.

ir sofian akademi jl krisis ekonomi dunia 2016

Program Gold Investment Mastery (GIM) akan mendedahkan kepada anda berbagai-bagai cara dan teknik yang betul dalam pelaburan emas fizikal. Pentingnya untuk anda mengetahuinya kerana jika anda tiada pengetahuan di dalam pelaburan emas fizikal, anda mungkin akan tersilap langkah dan terjerumus dalam skim cepat kaya atau tertipu dengan pajak gadai.

Hal ini kerana terlalu banyak kes penipuan berkaitan skim pelaburan emas yang menyebabkan pelabur kehilangan ribuan ringgit, emas tergadai, barang kemas palsu atau tidak mendapat kembali emas fizikal yang dibeli, dan banyak lagi.

ir sofian akademi jl krisis ekonomi dunia pelaburan emas fizikal cara mengatasinya

Oleh itu, Akademi JL menganjurkan GIM sebagai alat benteng untuk anda tahu cara untuk mengenali emas, mengenali ketulenan emas, kualiti emas, emas kuning dan emas putih, serta bagaimana cara ujikaji emas untuk menentukan ketulenan emas.

Program GIM ini juga akan mendedahkan kepada anda cara pengiraan upah emas, sistem pajak gadai yang membuatakan ramai orang tergadai, mengenai mengapa scammer sukakan emas, tip-tip membeli dan menjual emas fizikal, bagaimana cara membaca chart (graf) pasaran emas dunia, bagaimana cara penyimpanan emas dengan betul, dan banyak lagi.

ir sofian akademi jl Gold Invesment Mastery GIM

Kesemua maklumat ini sangat membantu anda dalam membuat pelaburan emas fizikal. Setelah anda tahu dan faham, anda akan yakin untuk memulakan langkah dalam pelaburan emas fizikal.

Sekiranya anda mempunyai persoalan lanjut berkenaan program GIM ini atau anda ingin mendaftar, anda boleh menghubungi talian Hotline Akademi JL iaitu 019-322 6769.

Admin – FT