5 December, 2023

Skim Pelaburan Emas – Jangan Sampai TERSONTOT!!

3 min read

Senarai Sekuriti Patuh Syariah

Kongsikan artikel ini

Skim Pelaburan Emas TERSONTOT!!

Ramai yang ingin cepat kaya, tetapi lupa untuk berhati-hati memilih jalan yang benar.

Ramai yang ingin dapatkan duit dengan cara mudah, tetapi lupa bahawa tiada yang mudah di dunia. Tiada yang datang bergolek tanpa usaha.

Ya. Usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jangan sampai salah memilih tangga kerana akibat salah memilih TANGGA, pasti akan jatuh KEDEBUK.

ir sofian akademi jl skim pelaburan emas delay tok belagak salah pilih tangga

Memang sekarang negara kita mengalami masalah kewangan. Harga barang semakin mahal. RM100 di tangan pun tidak cukup untuk membeli barang keperluan. Tidak seperti 10 tahun yang lalu.

Oleh itu, muncul bermacam-macam tips dan cara menambahkan pendapatan. Ramai yang meuar-uarkan bahawa wang kertas tidak bernilai sangat. Hanya nilai emas sahaja yang bernilai di waktu krisis kewangan ini.

Ya. EMAS!!

ir sofian akademi jl skim pelaburan emas jangan sampai tersontot

Maka, masing-masing berpusu-pusu ingin turut serta dalam pelaburan emas tanpa mendalami ilmu tentang pelaburan emas atau mempunyai pengetahuan tentangnya.

Di sini lah silap mereka!!

ir sofian akademi jl skim pelaburan emas jangan sampai tersontot salah cara

Muncul lah berbagai-bagai jenis pelaburan emas yang menyatakan mampu menjadikan mereka cepat kaya. Seperti beli emas sekarang, tiap bulan dapat diskaun, atau dapat pulangan atau dapat bonus.

Tapi, tahu kah mereka bahawa ini lah dia SKIM yang selalu menipu orang ramai? Dan ini lah dia SKIM yang akhirnya menyebabkan ramai yang mengalami kerugian??

Akibat rambang mata dengan wang dan emas, masing-masing tidak peduli lagi untuk menyiasat atau meneliti lebih mendalam mengenai pelaburan yang mereka ikuti.

Walhal, sekarang banyak medium yang boleh digunakan untuk mencari maklumat supaya kita tidak mudah tertipu dengan kaki putar belit ini.

ir sofian akademi jl skim pelaburan emas delay tok belagak maklumat dihujung jari

Kes yang terkini,ada laporan dari alumni Akademi JL tentang Skim Pelaburan Delay yang di kendalikan gang Tok Belagak.

Sebab terpengaruh dengan pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tiap bulan? Mana ada pelaburan emas yang memberikan pulangan tiap bulan. Keuntungan hanya diperolehi apabila kita dapat menjual kembali emas pada pihak lain ketika harga pasaran emas sedang naik.

Apabila semuanya menjadi dusta belaka. Pulangan yang dijanjikan tiap bulan tidak diperolehi. Emas yang disimpan pada syarikat tiada di tangan. Berpuluh-puluh mesej dan call tidak berjawab.

Apakah tandanya ini??!

Ini lah tandanya anda sudah diTIPU!! Pelaburan emas yang anda ceburi adalah SKIM. Bukan pelaburan emas yang sah. Bukan juga jual beli emas yang sah.

Kononnya anda membeli emas, kemudian emas itu disimpan oleh syarikat dan syarikat akan berikan hadiah setiap bulan. Padahal emas tersebut dijualkannya kepada pemangsa yang lain. Sebegitulah putarannya sehingga mereka mencapai target mereka.

Tahukah anda bahawa anda sudah tersontot dengan pelaburan emas ini?

Apabila nasi sudah menjadi bubur.

Bukan sekali dua kes penipuan Pelaburan Emas ini berlaku. Sudah banyak kes seperti ini berlaku, dan sudah banyak MANGSA yang terpedaya dengan skim ini.

Beberapa tahun yang lepas, ramai yang menjadi mangsa pelaburan emas 30:70. Kononnya anda ditawarkan membeli emas dengan harga RM4000, dan baki harga emas tersebut sebanyak RM5000 ditanggung oleh syarikat. Terus percaya dan beli. Kemudian, pihak syarikat bawa anda ke kedai pajak gadai dan gadaikan emas tersebut atas nama anda. Duit hasil gadaian diambil. Anda pula terpaksa menanggung bayar upah simpanan dan gadaian tiap bulan. Akhirnya, bila tidak mampu, emas anda dilelong. Duit habis, barang tidak dapat, hutang ditanggung.

Kadang-kadang, pengelola pelaburan emas ini menggunakan sentimen keagamaan. Keluarkan hadith dan ayat quran. Kononnya ingin membantu orang ramai.

Oleh itu, jangan mudah percaya jika apa yang ditawarkan tidak masuk dek akal. Tidak logik atau melampau-lampau pulangannya. Kerana semua ini adalah SKIM sahaja.

Tetapi kenapa masih ramai lagi yang menjadi mangsa??

Kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya. Ya. Sebab sikap orang kita yang ingin sangat cepat kaya dengan jalan mudah dan tamaklah punca kenapa mereka mudah menjadi mangsa skim ini.

Tambah-tambah lagi mereka tiada pengetahuan tentang apa yang mereka ceburi. Hal ini lagi memudharatkan. Oleh sebab itu ilmu itu begitu penting. Sebelum terlibat dengan apa-apa pelaburan, pastikan kita sudah penuhkan ilmu di dada mengenainya. Baru lah ambil langkah yang seterusnya.

Bak kata Warren Buffett, pakar pelaburan:

ir sofian akademi jl skim pelaburan emas jangan sampai tersontot kata-kata warren buffett

“Risk comes from not knowing what you are doing”. Risiko datang bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan. Sangat berisiko.
.
.
Jangan sampai anda TERSONTOT dengan pelaburan emas, baru sibuk nak tambahkan pengetahuan. Waktu itu sudah terlambat kerana wang anda sudah pun lenyap.

Admin – FT
#irsofian
#akademijl
#ajl

About Author