Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the newsphere domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/akademijl/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Rahsia Pelaburan Dalam Bidang Hartanah - Akademi JL
11 December, 2024

Rahsia Pelaburan Dalam Bidang Hartanah

Kongsikan artikel ini

#Invest In Property#

ir sofian akademi jl rahsia pelaburan hartanah 06

Jika kita lihat, ramai anak muda sekarang suka invest dalam property. Mereka berkongsikan tip-tip untuk memulakan pelaburan, tip-tip mengumpulkan aset, rumah sewa dan sebagainya.

Tahukah anda mengapa mereka berusaha invest dalam property?

ir sofian akademi jl rahsia pelaburan hartanah 02

Tahukah anda apakah rahsia disebalik pengumpulan aset yang membawa pulangan keuntungan (ROI)?

Ini lah dia rahsia sebenar mengapa PENTINGnya melabur dalam hartanah. Yang akhir sekali pasti mengejutkan dan mengujakan anda.

1) Sebagai Nilai Tambah

Nilai tambah ini akan terhasil daripada perkembangan ke atas tanah kosong yang dibeli. Seperti dibuat pembangunan di atasnya yang mempunyai fasiliti dan kemudahan yang bagus, lokasi yang strategik, struktur bangunan yang cantik dan unik. Semua ini akan meningkatkan nilai tambah haratanah tersebut.

ir sofian akademi jl rahsia pelaburan hartanah 01

2) Meningkatkan Pendapatan Tahunan

Pelaburan hartanah yang dilakukan akan memberikan pulangan setiap bulan atau tahun. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan tahunan hasil dari sewaan atau keuntungan.

ir sofian akademi jl rahsia pelaburan hartanah 04

3) Nilai Tanah Semakin Meningkat

Disebabkan kerana populasi penduduk semakin hari semakin meningkat dan pertambahan penduduk semakin ramai serta padat, harga nilai tanah semakin meningkat. Masing-masing akan cuba mendapatkan tanah atau rumah milik sendiri. Oleh itu, seiring dengan permintaan yang tinggi, maka nilai hartanah juga meningkat.

ir sofian akademi jl rahsia pelaburan hartanah 07

4) Sebagai Pelaburan Jangka Panjang

Pelaburan hartanah ini merupakan salah satu strategi atau teknik pelaburan jangka panjang. Hasil pulangan keuntungannya dapat diperolehi untuk jangka masa lama. Oleh itu, tidak rugi bagi pelabur yang melabur dalam hartanah kerana ia boleh menjadi sumber kewangan sampingan mereka.

ir sofian akademi jl rahsia pelaburan hartanah 05

5) Melindungi Daripada Inflasi

Memiliki aset yang berbentuk hartanah ini sebenarnya melindungi pelabur daripada angin Inflasi. Hal ini kerana aset ini berbentuk hartanah dan ia tidak akan terkesan atau jatuh akibat inflasi. Aset ini boleh dijadikan wang ketika inflasi berlaku apabila wang kertas sudah tidak laku dikemudian hari.

House of coins
House of coins

6) Sebagai Profiling Ketika Membuat Loan Dari Bank

Hasil pelaburan dalam hartanah ini sebenarnya membantu pelabur untuk membuat pinjaman di bank. Hal ini kerana pelabur memiliki aset-aset yang boleh dijadikan sebagai profiling kukuh untuk membuat pinjaman. Tetapi, pelabur harus tunjukkan di dalam sekeping kertas hitam putih berapa kah pendapatan yang diperolehi hasil semua pelaburan hartanah pelabur yang membantu mengukuhkan kewangan pelabur.

ir sofian akademi jl rahsia pelaburan hartanah 03

Pasti anda tidak sangka kan??

Jadi tunggu apa lagi??

Jadikan pelaburan hartanah untuk mengumpul profiling anda. Pasti membantu anda di kemudian hari kelak.

Admin – FT
#irsofian
#akademijl
#ajl