KENALI JENIS PENDAPATAN ANDA!!
2 min readKenali Jenis Pendapatan Anda!
Globalisasi kini dengan kadar taraf hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai yang melakukan lebih dari satu pekerjaan untuk menampung keperluan hidup mereka.
Ada yang bekerja pejabat di waktu pagi dan di malam hari nya menjadi uber. Ada yang melakukan bisnes online. Ada yang mengambil peluang dengan menjual kueh raya dan sebagainya.
Demi sesuap nasi untuk diri dan keluarga, walau penat dan letih bagaimanapun, mereka terpaksa melakukannya untuk kecukupan hidup.
Oleh itu, mari kenali jenis pendapatan yang anda dapat. Apakah anda tergolong dalam individu yang mendapat pendapatan aktif, pasif atau sambilan?
Secara keseluruhannya ramai yang berkecimpung dalam jenis pendapatan aktif. Iaitu hasil pendapatan yang kita dapat daripada kerja yang setiap hari dilakukan.
Sebagai contoh mereka yang bekerja mempunyai rutin waktunya seperti pekerja pejabat, pekerja kilang, pekerja restoren dan banyak lagi. Pendapatan aktif ini kita akan dapat selagi mana kita bekerja. Jika kita tidak bekerja, tiadalah pendapatan masuk.
Manakala pendapatan pasif pula ialah hasil pendapatan yang kita dapat sambil goyang kaki. Pekerjaan ini dilakukan sekali sahaja dan pendapatannya kita dapat secara berterusan seperti penulis buku mendapat bayaran royalti hasil jualan buku mereka.
Bagaimana pula dengan side income?
Pendapatan sambilan ini pula berlainan sedikit daripada pendapatan pasif. Orang yang melakukan pekerjaan sambilan ini perlu memberikan masa untuk pekerjaan mereka ini. Seperti uber, mereka perlu luangkan masa mencari customer. Jika tidak, tiadalah pendapatan sambilan ini.
Selepas ini boleh lah kita menyusun strategi dengan hasil pendapatan yang kita dapat. Seperti wang dari hasil pendapatan sambilan diperuntukan untuk duit kecemasan, atau pendidikan. Wang dari pendapatan aktif pula untuk keperluan peribadi, keluarga, dapur, tempat tinggal dan kenderaan.
Semuanya terpulang kepada anda untuk menentukan penyusunan kegunaan wang tersebut.
Atau anda ingin gunakan wang anda dalam pelaburan? Silakan.
Admin – FT
#irsofian
#akademijl
#ajl