Kongsikan artikel ini

Bursa Station Satu Platform Kenali Kaunter Saham Terbaik

Setelah kita ketahui akan konsep pelaburan ini, adakah anda berminat dengan pelaburan? Berminat untuk menjadi Trader?

Tapi, tahukah anda bagaimanakah caranya untuk anda masuk (enter) ke dalam pasaran?

ir sofian akademi jl bursa station pasaran saham logo trader

Ramai sudah Trader dan pelabur yang berjaya dalam pelaburan mereka. Anda berasa iri hati dan cemburu melihat kejayaan mereka, dan anda juga ingin mengikuti jejak mereka. Tetapi anda tidak tahu bagaimana.

Jika anda ingin terlibat dalam pelaburan, anda perlulah mengetahui pasaran sahamnya. Bagaimana untuk tahu?

ir sofian akademi jl bursa station pasaran saham profit loss

Gunakanlah Bursa Station sebagai platform untuk anda mengkaji dan mengenali kaunter saham mana kah yang terbaik dan yang merugikan untuk anda melakukan pelaburan.

ir sofian akademi jl bursa station pasaran saham

Bursa Station adalah sebuah aplikasi software analisis yang menyenaraikan nama-nama syarikat dan menunjukkan prestasi syarikat tersebut melalui kaunter.

Oleh itu, mudah bagi Trader untuk membuat pilihan kaunter terbaik untuk trade. Selain itu, di dalam nya terdapat juga carta atau chart yang menunjukkan naik turun pasaran saham. Ia mempermudahkan trader untuk melakukan trading dengan melihat analisis yang dikeluarkan dalam carta Bursa Station tersebut.

Tetapi, satu nasihat untuk semua di luar sana. Apa pun pekerjaan atau perkara yang kita ingin lakukan, pastikan kita mempunyai ilmu mengenainya. Jangan biarkan hidup kita umpama tikam. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Dalami ilmu Trader, dalami ilmu Bursa Station. Barulah mulakan langkah seterusnya.

Semoga beroleh kejayaan.

Admin – FT

#irsofian
#akademijl
#ajl