Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the newsphere domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/akademijl/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Kekurangan Emas : Emas Tidak Menjanjikan Faedah!! - Akademi JL
11 December, 2024

Kekurangan Emas : Emas Tidak Menjanjikan Faedah!!

Kongsikan artikel ini

Kekurangan Emas : Emas Tidak Menjanjikan Faedah!!

Tahukah anda bahawa emas sebenarnya tidak pernah menjanjikan faedah?

Ya. Emas tidak menjanjikan faedah seperti dividen atau pulangan keuntungan dalam jangka masa yang pendek.

Jadi, sekiranya anda inginkan pulangan keuntungan dalam jangka masa pendek, pelaburan emas bukanlah yang sesuai untuk itu.

ir sofian akademi jl emas tidak menjanjikan faedah jangka masa pendek

Memiliki emas, banyak kekurangannya. Benarkah?

Kerana kita terpaksa mengeluarkan kos untuk peti simpanan emas walaupun minima. Sama sahaja sama ada menyimpan emas di dalam peti simpanan di rumah atau disimpan di bank atau syarikat sekuriti dengan membayar upah, kita tetap perlu mengeluarkan kos untuk menyimpan emas. Lebih-lebih lagi apabila emas yang dimiliki melebihi ½ kilo beratnya.

Lebih merugikan lagi apabila emas ini senang dicuri. Jika tiada tempat penyimpanan yang strategik atau selamat, maka begitu mudah lah emas ini dicuri.

Emas juga mudah hilang lebih-lebih lagi apabila pemiliknya menyimpannya dalam tempoh yang lama sehingga lupa di mana kah tempat penyimpanannya. Perkara ini sering berlaku kerana sudah sifat manusia itu mudah lupa.

Mereka yang membeli emas juga akan rugi sekiranya mereka bertindak membeli emas tanpa mengetahui apa yang dilakukan. Sekadar mengikut-ngikut trend tanpa ilmu, itu merupakan sesuatu yang merugikan diri sendiri.

Sebagai contoh, Ahmad memajakkan emas nya di kedai pajak gadai tetapi tidak reti untuk mengurus kewangan pembayaran balik emas yang dipajakkan sehingga menyebabkan emas nya itu tergadai. Ahmad telah mengalami kerugian kerana emas yang tergadai itu bukan 100% daripada harga asal nya.

ir sofian akademi jl emas sadur merugikan 02

Selain itu, jika emas disadurkan pada besi seperti barang kemas platinum yang disadur emas untuk kelihatan lebih cantik dan menarik juga merugikan. Hal ini kerana emas tersebut sudah tidak boleh digunakan.

Emas juga tidak menguntungkan sekiranya pemilik nya tersalah memilih produk emas tersebut. Seperti pembeli yang telah tertipu dengan penjual emas yang kononnya emas yang dimiliki tulen, tetapi sebenarnya emas tersebut cuma disadur dan bercampur.

Bagi mereka yang trading emas, mereka akan lambat untung terutamanya apabila mereka tersilap timing dalam trading emas.

ir sofian akademi jl emas sadur merugikan 01

Oleh itu, emas juga mempunyai kekurangannya. Namun, jika kita sudah sedar dan tahu akan kekurangannya, maka belajar lah mengelak daripada melakukan kesilapan-kesilapan ketika membeli atau memiliki emas tersebut.

Sudah pasti ia akan memberikan pulangan yang lumayan jika kena pada cara, tempat dan masanya.

Admin – FT
#irsofian
#akademijl
#ajl