17 May, 2025

Dari GAMBLER Kepada TRADER!!

Dari Gambler Kepada Trader

Ini kisah salah seorang peserta Trade Gold For Money (TG4M) kami. Azman namanya. Beliau berkongsikan kisahnya sebelum ini dan pengalaman beliau setelah menyertai TG4M.

ir sofian akademi jl tg4m sesi 18 daftar sekarang 20 ogos 2016

***
Saya bermula sebagai GAMBLER. Tak ada ilmu, tak ada persediaan langsung, kosong. Akhirnya saya JATUH dan terduduk.

Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Saya cuba berfikiran positif.

Ya. Saya dapat lihat, mungkin hikmah positifnya, Allah s.w.t. nak suruh saya cari ilmu baru dengan TRADING dan belajar serta berguru. Dan hikmah negatifnya, saya kena terima dengan redha KEGAGALAN saya dan teruskan hidup seperti biasa dengan melupakan cerita silam saya.

Sebenarnya, saya memang TIADA NIAT pun nak tahu berkaitan trade dan saham sebelum ini. Tetapi, saya cuba redah juga dalam keadaan ZERO KNOWLEDGE. Allah bagi saya pengajaran untuk saya ambil ikhtibar.

Oleh kerana saya memang tidak tahu langsung pasal trading, maka saya terpaksa bayar mahal untuk kejahilan saya itu. Demi mendapatkan ilmu.

Saya memilih untuk ke arah positif. Allah telah bagi saya ruang dan peluang untuk belajar dan tebus kembali kejahilan saya. Saya gunakan peluang ini dengan mencari tempat untuk berguru sehingga saya terjumpa akan Akademi JL dan Ir Sofian. Saya berguru dengan Ir Sofian untuk mempelajari ilmu trading. Saya terpaksa lalui semua ini kerana saya lihat perkara ini yang perlu ada untuk jadi investor.

Sebagai beginner, banyak yang saya pelajari dari TG4M terutamanya untuk buat duit pasif. Selepas itu, saya masuk pula program Coaching untuk tambah lagi ilmu di dada. Saya perlu hadam dengan cara saya sendiri bagaimana cara memahami ilmu Trading Gold yang berjaya. Sampai suatu masa, lambat atau cepat, berkat doa dan bimbingan Ir, saya dapat capai hasil yang bermanfaat. Jadi, jangan kecam saya jika saya masih belum dapat hadam dengan baik.

Harapan saya, saya mahu hadam dan boleh Drive dengan cara tersendiri market Gold melalui Ir dan AJL seterusnya termasuk di dalam 5% golongan investor yang berjaya. Manakala matlamat akhir saya adalah untuk gunakan duit keuntungan bagi perkara-perkara yang bermanfaat dan juga sebagai investor saham dunia akhirat.

ir sofian akademi jl testimoni from zero to hero gambler to trader to investor

Saya sangat bersyukur dapat menyertai kelas Coaching kerana dari sini lah saya dapat lebih memahami ilmu Trading Gold sehingga khatam.

Satu pengalaman indah yang saya takkan lupakan apabila Ir tidak pernah lokek berkongsikan ilmu beliau. Ir sentiasa berikan motivasi dan ilmu tanpa jemu sehingga akhirnya saya merasai sedikit kejayaan.

Begitu juga pengalaman merasai profit. Perasaan gembira yang membuak-buak apabila saya mendapat profit dari hasil trading walaupun sedikit, saya tetap bersyukur. Bukan saya tidak pernah loss dalam trading. Ya. Pernah. Tetapi saya cuba kawal emosi, saya terima seadanya. Banyak lagi yang perlu saya belajar kerana dari situ saya dapat tahu mana salah silapnya.

Benarlah kata pepatah, Usaha Tangga Kejayaan. Saya dah belajar dan buat ilmu yang dimiliki oleh investor. Sememangnya boleh buat duit dengan TG4M ini bergantung kepada banyak mana usaha kita.

ir sofian akademi jl result coaching tg4m ramadhan azman 13 july 1.1

ir sofian akademi jl result coaching tg4m ramadhan azman 13 july

ir sofian akademi jl result coaching tg4m ramadhan azman 29 jun

Dari apa yang saya perolehi ini, saya merancang untuk dalami lagi ilmu trading ini dengan hadir ke program Simplified Trading Signal (STS) pula. Selain itu, saya juga ingin mencapai target untuk pasif income dengan trade secara tetap setiap bulan.

Saya mengharapkan agar ilmu yang saya pelajari ini tidak putus dan dapat meneruskan coaching. Saya mohon agar pihak Ir dan Akademi JL dapat mempertimbangkan untuk tidak melepaskan saya dari group coaching selagi mana rasa saya masih belum boleh dilepaskan.

Dengan bimbingan Ir, saya mendoakan agar kita memperoleh kejayaan bersama dalam saham dunia akhirat.

Yang Benar,
Azman

***

Begitulah kisah diri yang dikongsikan oleh peserta kami, Azman. Buat tatapan semua agar menjadi pembakar semangat di masa akan datang.

Walaupun anda tidak tahu langsung mengenai trading, tetapi percaya lah. Dengan USAHA, DOA dan TAWAKAL, kami dari Akademi JL percaya anda mampu menjadi trader yang berjaya. In shaa Allah…

Admin – FT

#irsofian
#akademijl
#ajl