Benarkah ASB Haram??!
3 min readBenarkah ASB Haram??!
Perbincangan haram halal ASB ini telah lama hangat diperbincangkan. Fatwa-fatwa juga telah dikeluarkan.
Mari kita telusuri kisah haram halal ASB ini.
ASB mempunyai Panel Penasihat Syariah yang berpengalaman luas dalam hal ehwal berkaitan agama islam. Oleh itu, ASB tidak dilaburkan ke dalam sektor yang haram.
PNB iaitu Permodalan Nasional Berhad telah menyatakan bahawa mereka tidak melaburkan wang ASB ke dalam sektor yang haram seperti arak dan judi.
Namun, satu permasalahan yang timbul adalah apabila mereka mempunyai lambakan modal yang terlalu banyak sehingga tidak akan mampu ditampung oleh bank islamik seperti Bank Islam.
Oleh itu, segala lambakan modal tersebut dimasukkan ke dalam Maybank. Di sini lah bermulanya timbul isu haram halal di dalam ASB kerana Maybank mengamalkan sistem konvensional dan ada melabur di tempat yang tidak patuh syariah.
Tapi, tahukah anda bahawa Maybank juga mempunyai sistem Maybank Islamik yang merupakan perbankan Islam ketiga terbesar di dunia?
Maka masih menjadi isu lagi kah?
Walaupun terdapat pelbagai pendapat dan percanggahan, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan hukum pelaburan dalam ASB serta dividen bonusnya adalah Harus.
Siapakah Majlis Fatwa Kebangsaan ini?
Timbul persoalan tentang siapa yang lebih berautoriti antara Majlis Fatwa dan Suruhanjaya Sekuriti?
Ramai mereka di luar sana yang menyampaikan sesuatu hukum tanpa menyelidiki terlebih dahulu. Percaya bulat-bulat apa yang dikatakan orang lain tanpa mencari kebenaran yang sebenarnya.
Oleh itu, sebagai pelabur atau masyarakat yang prihatin, kita perlu selidiki dahulu mengapa dan kenapa sesuatu hukum itu diletakkan.
Sebenarnya Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja merupakan badan pengeluar dan penyelaras hukum hakam dalam apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang bersifat nasional dan melibatkan kepentingan seluruh umat Islam.
Akan tetapi, Suruhanjaya Sekuriti pula adalah badan yang memainkan peranan untuk membuat keputusan sama ada sesuatu sekuriti itu diklasifikasikan sebagai patuh syariah atau tidak berdasarkan garis panduan yang mereka sendiri tetapkan, bukan mengikut hukum atau fatwa.
Oleh itu, keputusan hukum Harus yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai badan pengeluar hukum yang diberikan autoriti oleh Ulil Amri adalah dengan menggunakan kaedah-kaedah serta dalil-dalil yang diiktiraf syarak.
Selain melihat ruang lingkup yang luas bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar terhadap sosio ekonomi Umat Islam. Hukum atau fatwa yang dikeluarkan juga mengambil kira aspek-aspek lain yang muktabar seperti kepentingan umum, keperluan dan maqasid syariyyah dan siasah syar’iyyah.
Berbeza dengan metodologi yang digunakan Suruhanjaya Sekuriti dalam penyenaraian sekuriti patuh syariah yang mengadaptasi pendekatan kuantitatif yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan.
***
Oleh itu, PNB memainkan peranan penting dalam meningkatkan sosio ekonomi masyarakat Bumiputera dan Islam di negara ini. Dan seharusnya kita menyokong mereka.
Untuk pemahaman lebih lanjut, anda boleh menilai sendiri dengan membaca kenyataan media muzakarah majlis fatwa kebangsaan berkenaan ASB.
Nilai lah sendiri dan buat keputusan.
Jawapannya sungguh mudah. Jika anda masih berasa ragu-ragu, maka anda sudah tergolong dalam kalangan yang syubhah.
Nabi s.a.w pernah bersabda, barang siapa berada dalam syubhah, maka tinggalkan lah ia. Supaya ia dapat memelihara iman kita.
Tetapi, jika anda masih yakin dengan hukum Harus yang dikeluarkan oleh Fatwa Majlis Kebangsaan, maka teruskan lah penyimpanan atau pelaburan anda dalam ASB.
Admin – FT
#irsofian
#akademijl
#ajl