14 February, 2025

Amanah Saham Bumiputera Anugerah Tidak Ternilai!

Adakah anda mempunyai akaun dalam ASB?

ir sofian akademi jl amanah saham bumiputera asb logo

ASB adalah sejenis tabung amanah saham khusus untuk kaum bumiputera Malaysia sahaja. Bukan sebarangan orang boleh menabung di dalam ASB ini. Istimewakan?

Dengan kadar pulangan dividen dan bonus yang menguntungkan, ramai orang dari kaum bukan bumiputera cuba untuk mendapatkan kelayakan dalam ASB. Kadar pengagihan tempatan seunit ASB pada tahun lepas ialah sebanyak 7.50sen dan bonus seunit 0.50sen.

Namun, syarat tetap syarat.

Oleh sebab itu ia merupakan anugerah yang tidak ternilai. Semua ini adalah bagi menjamin kehidupan kita di masa akan datang.

Jadi, apa salahnya kita gunakan anugerah yang dah diberi ini sebagai platform untuk maju?

ir sofian akademi jl konsep pelaburan kunci jangka masa panjang untuk kumpul pelbagai aset

Jika kita sudah cukup 18 tahun, kita sudah boleh mendaftar akaun ASB ini. Tapi, itu tidak bermakna jika kita mempunyai anak-anak kecil yang berumur bawah 18 tahun, mereka tidak boleh mempunyai akaun ASB ini.

Boleh. Dengan syarat ibu bapa atau penjaga sah mereka berumur tidak kurang dari 18 tahun. Dari baby berumur 6 bulan ke atas sudah boleh memiliki buku ASB ini.

Kerana apa kita perlu menabung dari kecil?

ir sofian akademi jl amanah saham bumiputera buku pelaburan asb remaja ting

Tahukah anda ASB merupakan satu pelaburan bijak?

ir sofian akademi jl konsep pelaburan bijak atur strategi save and invest

Menyimpan sambil menabung.

Jika kita ajarkan anak-anak mengamalkan menabung dari kecil, sudah pasti kehidupan mereka pada masa akan datang sedikit terjamin.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, betul tak? Ini lah dia pelaburan jangka panjang yang terjamin dan selamat.

ir sofian akademi jl amanah saham bumiputera objektif asb wujud kesitimewaan bumiputera

Objektif kewujudan ASB ini adalah untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

Kira duit yang kita simpan terjamin lah.

Tapi, ada satu masalah berhubung ASB ini iaitu soal haram halal nya.

Klik sini (sambungan artikel lain) untuk mengetahui lebih lanjut.

Admin – FT

#irsofian
#akademijl
#ajl