FAQ PROGRAM TRADE GOLD FOR MONEY (TG4M)
FREQUENTLY ASKED QUESTION:
1. Apa itu Trading Gold
– Trading Gold adalah trading menggunakan platform MT4. Mempunyai pasaran dua hala yang bersifat antarabangsa (International). Mempunyai posisi Buy & Sell.
2. Dari TG4M boleh trade ke?
– Setelah menghadiri program Trade Gold For Money, peserta TG4M mampu menjalankan aktiviti trading kerana silibus di dalam TG4M sesuai dan membantu mereka cara membuat trading.
3. Apa beza FOREX dan Trading Gold?
– Perbezaan FOREX dan Trading Gold adalah FOREX menggunakan pasaran matawang manakala Trading Gold menggunakan harga pasaran emas terkini.
4. Apakah hukum Trading Gold?
– Hukum bagi setiap negara berlainan. Di Brunei, forex adalah Halal. Tetapi, di Malaysia forex dan Trading Gold dikatakan Haram.
– Apa beza trading di Brunei atau Malaysia? Ia sama sahaja dengan menggunakan terminal, website, market dan lain-lain sebab boleh diakses melalui internet. Contohnya, adakah secara fizikal kita perlu berada di Brunei baru jadi Halal? Kalau sembelih ayam di Brunei Halal, sembelih di Malaysia Haram. Bolehkah begitu? Kalau haram (contoh mudah, arak) mestilah satu dunia haram. Mana boleh sini halal sana haram.
– Di Arab ada Shariah compliant broker. Kalau forex ni haram mestilah tak wujud broker-broker Shariah compliant ini di negara Arab yang mengamalkan agama Islam.
– Kalau untuk individu haram seperti yang anda ragukan, kenapa untuk syarikat atau bank dibolehkan walhal kaedahnya sama sahaja iaitu menggunakan sistem online? Bank juga sebenarnya membuat trading forex yang sama seperti Trading Gold untuk menjana pendapatan bagi pihak bank. Mereka sendiri mempunyai trading department yang merupakan penyumbang terbesar keuntungan sesebuah bank.
– Kalau Trading Gold HARAM sebab menggunakan sistem online dan tidak melibatkan pertukaran secara fizikal, kenapa CPO, saham, options, futures dan lain-lain tidak diharamkan sedangkan kaedahnya sama sahaja iaitu “secara online”?
– Trading Gold dikatakan haram sebab kononnya ia meragukan, tetapi sebagai seorang trader, semuanya jelas setiap kali kita membuka position. Di dalam terminal, kita boleh melihat sendiri floating profit, loss, caj yang dikenakan, transaksi jual beli, berapa margin yang diperlukan. Semuanya jelas malah kita akan menerima laporan setiap hari dan bulan sebagai rekod kita membuat trade melalui emel daripada broker.
– Trading Gold bukan lah perniagaan teka-teki atau tikam duit atau perjudian kerana ia memerlukan pengetahuan teknikal analisis, fundamental, money management dan kawalan emosi yang tinggi. Sebab itu bukan semua orang boleh berjaya dalam Trading Gold. Ia memerlukan usaha yang tinggi.
– Di dalam Trading Gold, ada sesetengah broker yang berlandaskan prinsip Syariah. Forex adalah harus / halal di negara-negara lain. Jadi, terpulang kepada anda untuk memilih samada nak pro kepada yang halal atau yang haram, yang penting anda mesti faham, ada sebab yang kuat serta 100% yakin dengan keputusan diri sendiri.
5. Adakah program TG4M ini PERCUMA?
– Program TG4M ini tidak percuma dan mempunyai yuran. Akan tetapi, kami juga ada membuat promosi diskaun pada masa tertentu.
6. Apakah ada group support selepas program TG4M?
– Selepas program TG4M, semua peserta akan dimasukkan ke dalam group support Telegram Messenger. Apa-apa pertanyaan mengenai trading boleh diajukan di dalam group tersebut.
7. Adakah Ir Sofian akan memberikan signal trading selepas program TG4M?
– Ir Sofian tidak akan memberikan signal trading selepas program TG4M melainkan di dalam program Coaching TG4M.
8. Berapa peratuskah keuntungan yang dicapai oleh bekas peserta TG4M di dalam Trading Gold sebelum ini?
– Keuntungan yang dicapai oleh bekas peserta TG4M di dalam Trading Gold sebelum ini adalah sebanyak 5% – 10% dalam masa sebulan.
9. Adakah ianya berisiko?
– Ya. Ianya berisiko seperti mana yang anda ketahui bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Akan tetapi, peratusan risikonya akan berkurang sekiranya anda mengetahui ilmu trading yang betul.
10. Berapa modal yang sesuai untuk Trading Gold?
– Anda boleh mulakan dengan modal 100 USD. Tetapi modal yang sesuai untuk Trading Gold adalah bermula 500 USD.
11. Adakah orang yang zero knowledge boleh trade selepas menghadiri program TG4M?
– Ya. Bagi mereka yang zero knowledge, mereka juga boleh trade selepas program TG4M ini.
12. Adakah Trading Gold sama dengan emas fizikal?
– Tidak. Trading Gold hanya melibatkan proses trading secara online dan menggunakan terminal. Tetapi, Emas Fizikal melibatkan pertukaran jual beli secara nyata.
13. Adakah Trading Gold sama seperti saham?
– Sama dari segi penglibatan secara online. Tetapi, pasaran saham adalah pasaran satu hala yang hanya melibatkan harga di dalam negara.
14. Adakah program TG4M ini adalah program asas?
– Ya. Program TG4M merupakan program asas trading yang membolehkan anda yang tidak mempunyai asas pelaburan dapat membuat aktiviti trading selepas program.
15. Selain hadir ke program TG4M, adakah cara lain untuk pelajari ilmu TG4M ini?
– Ya. Kami menyediakan platform lain bagi mereka yang ingin mempelajari ilmu Trading Gold ini tetapi tidak dapat mengahdiri ke program TG4M. Platform yang pertama adalah anda boleh menyertai program TG4M ini secara Webinar (online). Manakala platform yang kedua adalah anda boleh dapatkan DVD pembelajaran TG4M siri virtual yang dinamakan #DvdGTI (Gold Trading Intensinve).