22 September, 2023

Tahukah Anda Apa Itu Pelaburan Sebenarnya?

2 min read
Kongsikan artikel ini

#pelaburan#

Pelaburan? Satu istilah yang memang sudah terkenal. Ramai yang sudah mengetahui pasal pelaburan.

Namun, kenalkah kita sebenarnya akan konsep pelaburan ini?

Mereka di luar sana selalu berfikiran bahawa pelaburan ini suatu pekerjaan yang berisiko. Betulkah ia berisiko?

Secara ringkas, pelaburan adalah modal yang dilaburkan untuk mendapatkan keuntungan atau faedah. Tidak kira lah jenis modal yang bagaimana, tetapi pasti memberikan pulangan kembali kepada kita.

ir sofian akademi jl konsep pelaburan definisi kamus

Klik laman web ini https://ms.wikipedia.org/wiki/Pelaburan untuk dapatkan maksud pelaburan yang lebih mendalam.

ir sofian akademi jl konsep pelaburan

Pelaburan adalah untuk kegunaan jangka masa panjang dalam kita mencari keuntungan. Ia tidak menjanjikan pulangan keuntungan dalam masa yang pendek atau singkat.

Jika kita inginkan suatu kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang, gunakanlah strategi pelaburan ini untuk merangka masa depan kita supaya lebih teratur.

ir sofian akademi jl konsep pelaburan bijak atur strategi

Namun, jangan sesekali kita tersalah langkah dalam bidang pelaburan ini. Rangka strategi anda dengan khusus.

Tetapi, bagaimana caranya untuk kita rangka strategi dalam pelaburan ini?

ir sofian akademi jl konsep pelaburan kunci jangka masa panjang untuk kaya

Tentulah dengan menambahkan pengetahuan dalam pelaburan.

Setiap pelaburan pasti memberikan peratusan keuntungan. Jika kita lihat, perbandingan antara pelaburan di dalam bank seperti ASB, Bank Rakyat, dan Tabung Haji.

Kadar peratusan keuntungan setahun:
– ASB : dividen 7.25% dan bonus 0.50%
– Bank Rakyat : dividen 13%
– Tabung Haji : dividen 5% dan 3% bonus haji

Kadar keuntungan ini berubah mengikut keuntungan yang dikaut pada tahun tersebut. Bagi tahun 2015, akibat berlaku penurunan mata wang, ia turut menjejaskan hasil pelaburan. Kebanyakan hasil pelaburan menurun berbanding tahun sebelum ini.

Selain itu, kita haruslah kenali dan fahami tentang kategori pelaburan ini terlebih dahulu. Kemudian, baru kita atur strategi pelaburan masa depan kita. Kunci kekayaan dan kejayaan kita.

Klik sini (https://akademijl.com/2016/07/22/adakah-pelaburan-berisiko-betul-ke-berisiko/) untuk pembacaan selanjutnya.

Admin – FT

#irsofian
#akademijl
#ajl

About Author