Kongsikan artikel ini

ir sofian akademi jl sesi kedua coaching TG4M Ramadhan 2016 21

Kesinambungan daripada sesi pertama Coaching TG4M Ramadhan 2016 pada 27 Jun 2016 yang lepas, satu lagi perjumpaan eksklusif telah dilakukan untuk sesi kedua bersama Ir Sofian.

Sesi kedua ini dibuat pada 18 Julai 2016 dengan kehadiran secara kelas dan webinar. Terdapat peserta yang sebelum ini hadir melalui webinar telah hadir buat kali pertama secara kelas.

.
.
Bagi sesi kedua ini, Ir Sofian telah memberikan nasihat kepada peserta untuk sentiasa membuat ulangkaji melalui signal yang diberi dalam channel telegram.

Selain itu, Ir Sofian juga menunjukkan bagaimana cara untuk menggunakan signal yang diberikan dengan menggunakan contoh signal yang telah diberikan dalam channel telegram sebelum ini sebagai rujukan.

Tujuannya adalah sebagai panduan ulangkaji peserta pada masa akan datang.

ir sofian quote trading siapa anda

Bagi peserta webinar, mereka menggunakan medium whatsapp sebagai tempat untuk mengajukan soalan-soalan kepada Ir Sofian dan Ir Sofian telah menjawab soalan-soalan mereka dengan menunjukkan jalan penyelesaiannya di dalam kelas.

Penjelasan yang diberikan oleh Ir Sofian untuk soalan-soalan yang diajukan telah memberikan lebih kefahaman kepada peserta.

Tujuan coaching ini adalah untuk mengajar peserta lebih memahami bagaimana untuk membaca chart.

Seperti dalam tempoh sebulan coaching ini, peserta sudah boleh membaca chart kerana pemahaman tentang chart ini penting supaya peserta dapat menggunakan signal yang diberi dengan baik, dapat menganalisis signal sendiri, dan tidak tersalah langkah ketika trade.

Sebab banyak pelajar lain yang pada permulaan trade mendapat profit, tetapi kemudian mengalami kerugian kerana tidak memahami chart.

.
.
.
Peserta juga telah diberikan assignment kedua iaitu berkaitan Rejection Candlestick yang perlu dihantar sebelum 31 Julai 2016 ini.

Pada sesi coaching yang pertama, assignment berkenaan Pivot Line telah diberikan. Oleh itu, Ir Sofian juga menerangkan kembali mengenai assignment pertama bagi peserta yang sebelum ini hadir secara webinar.

Di bawah adalah suasana ketika sesi coaching dijalankan.

ir sofian akademi jl sesi kedua coaching TG4M Ramadhan 2016 32ir sofian akademi jl sesi kedua coaching TG4M Ramadhan 2016 31ir sofian akademi jl sesi kedua coaching TG4M Ramadhan 2016 30ir sofian akademi jl sesi kedua coaching TG4M Ramadhan 2016 29ir sofian akademi jl sesi kedua coaching TG4M Ramadhan 2016 13

Sesi kedua Coaching TG4M Ramadhan 2016 ini diakhiri dengan majlis jamuan hari raya yang disediakan oleh Akademi JL. Terdapat juga peserta yang membawa kueh muih untuk dijamu bersama.

#AkademiJL
#IrSofian
#Ajl