Coaching TG4M Ramadhan 2016

Pada ramadhan yang lepas, pihak Akademi JL telah menganjurkan sesi pertama bagi Coaching TG4M Ramadhan 2016. Seramai 10 orang peserta telah menyertai sesi coaching ini. Sesi ini bermula pada 20 Jun 2016.
Target sesi Coaching TG4M kami kali ini adalah untuk membantu peserta buat ‘Duit Raya’ dalam masa dua minggu sebelum raya.
Program Coaching TG4M Ramadhan 2016 ini mempunyai dua kali perjumpaan eksklusif bersama Ir Sofian dan sesi coaching ini akan berlangsung selama tiga bulan.
Istimewanya Coaching TG4M Ramadhan 2016 ini ialah peserta berpeluang masuk ke ruang secret Channel Telegram dan menerima signal trading dari Ir Sofian setiap hari sebagai panduan.
Program ini juga sebagai nilai tambah kepada peserta yang ingin mengubah taraf hidup mereka dan menanamkan sifat ‘memberi’ selepas mendapat keuntungan dari hasil trading.
Perjumpaan sesi pertama Coaching TG4M Ramadhan 2016 berlangsung di Shah Alam pada 27 Jun 2016 yang lepas. Untuk pengetahuan anda semua, sistem kehadiran dalam sesi Coaching TG4M ini sangat unik kerana sebahagian peserta program ini hadir melalui webinar (secara online) kerana mereka menghadapi kesulitan untuk menghadirkan diri ke tempat program.
.
Zaman globalisasi kini yang penuh dengan kemajuan teknologi memudahkan lagi kita untuk menuntut ilmu. Jadi, tiada istilah tidak mampu dalam kamus menuntut ilmu.
Sesi coaching yang pertama ini mendapat kupasan yang menarik dari Ir Sofian dan beliau menyelesaikan masalah-masalah yang peserta hadapi dalam proses trading sepanjang coaching berjalan.
.
Program Coaching TG4M 2016 ini akan mempunyai perjumpaan yang kedua bersama Ir Sofian pada 18 Julai 2016 ini. Kami akan kongsikan sesi kedua coaching ini dalam posting yang akan datang.
#AkademiJL
#IrSofian
#Ajl