Tahukah Anda Sistem Pajak Gadai Emas?
Saban hari ramai yang mempajak dan menggadaikan emas mereka di kedai-kedai pajak gadai dan bank demi mendapatkan wang tunai untuk kelangsungan hidup. Ada yang menggunakannya untuk persekolahan anak-anak mereka. Ada yang ingin menjadikannya sebagai modal perniagaan. Malah ada juga yang menggunakannya untuk membayar hutang piutang.
.
Namun, tahukah anda akan sistem pajak gadai ini?
.
Pajak gadai ini mula diperkenalkan di Malaysia pada zaman 19-an. Pada waktu itu, kesusahan hidup memaksa mereka mempajakkan barang-barang mereka untuk mendapatkan wang tunai dengan kadar segera.
.
Namun, pajak gadai ini bersifat konvensional yang mempunyai faedah dan riba yang tinggi menyebabkan ramai yang tidak mampu untuk membayar dan melunaskan kembali barang pajakan mereka.
.
.
Kini, sistem pajak gadai ini mula mendapat tempat apabila terdapat bank-bank dan institusi yang memperkenalkan sistem ini mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syarak seperti Bank Rakyat, Agrobank, Bank Islam, Bank Muamalat, YaPEIM dan banyak lagi.
.
Pajak gadai ini juga dipanggil Ar-Rahnu dalam istilah Arab. Oleh sebab itu banyak bank dan institusi menggunakan nama Ar-Rahnu untuk menunjukkan sistem pajak gadai mereka jenis islamik.
.
.
.
Kelebihan menggunakan sistem Ar-Rahnu ini ialah kita boleh mendapatkan margin pinjaman sehingga 70% dengan kadar upah simpanan yang rendah iaitu serendah 75 sen. Sangat menguntungkan apabila nilai emas yang digadaikan diambil pada kadar yang tinggi (mengikut kadar emas semasa).
.
Selain itu, tempoh gadaiannya ialah selama 6 bulan pertama, kemudian dilanjutkan lagi selama 3 bulan. Sekiranya dalam tempoh tersebut kita masih belum dapat melunaskan, pihak mereka akan menambahkan lagi selama 2 bulan. Panjang tempoh pembayaran yang dapat kita lakukan adalah selama 11 bulan.
.
Jika kita pergi ke kedai pajak gadai lain, mungkin sahaja barang gadaian kita telah pun dijual apabila melebihi tempoh 6 bulan yang ditetapkan.
.
Oleh yang demikian, ramai yang memilih untuk mengunakan sistem Ar-Rahnu berbanding pajak gadai konvensional.
.
.
Admin – FT