Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the newsphere domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/akademijl/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
TAHUKAH ANDA BAGAIMANA FIZIKAL EMAS? - Akademi JL
11 December, 2024

TAHUKAH ANDA BAGAIMANA FIZIKAL EMAS?

Kongsikan artikel ini

TAHUKAH ANDA BAGAIMANA FIZIKAL EMAS?

Tahukah anda apa itu emas sebenarnya? Bagaimanakah bentuk asal dan fizikalnya? Siapakah pengeluar emas terbesar?

Saya sudah pasti ramai yang tahu apakah itu emas, tetapi kebanyakan mereka mesti hanya akan terfikir barang kemas dibenak fikiran setiap kali emas disebut.

Sebagai Jutawan Logam, Ir Sofian telah menerangkan serba serbi mengenai fizikal emas dalam video di bawah ini.

https://www.youtube.com/watch?v=gWXYP3Ubis4

Menurut Ir Sofian, terdapat tiga jenis logam iaitu Kuprum 29, Argentum 47 (Perak), dan Aurum 79 (Emas). Aurum 79 merupakan logam emas yang sangat bernilai. Asal bentuk emas ini hanyalah berbentuk ketulan batu atau nudget sahaja.

Tahukah anda negara China merupakan pengeluar terbesar emas di dunia? Selain itu, negara Afrika Selatan dan Australia juga menjadi antara pengeluar emas dunia.

Sejak zaman berzaman, emas digunakan sebagai syiling dan barang kemas sahaja. Akan tetapi, sejak berlaku masalah kewangan dan kemelesatan ekonomi, emas juga mula digunakan sebagai barang pelaburan. Kini, kegunaan emas dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sebagai barang kemas (50%), pelaburan (40%) dan perindustrian (10%).

Selain itu, Ir Sofian turut memberikan kita serba sedikit pengetahuan mengenai fizikal emas ini yang bersifat padat, berkilat, lembut, tidak berkarat dan mulur (senang dibentuk atau dilentur). Sekiranya anda menjumpai emas yang berkarat, maka berhati-hatilah kerana itu bukanlah merupakan emas yang asli.

Tambahan lagi, ukuran karat emas yang paling tulen ialah emas 24 karat. Itu lah merupakan emas yang paling tertinggi peratusan emas di dalamnya iaitu 99.9%. Ia juga dipanggil sebagai emas 999. Bagi emas kedua tertulen ialah emas 916 yang mengandungi 91.6% kandungan emas di dalamnya.