2 November, 2024

Mari Belajar Teknik Ujikaji Emas Fizikal – Part 1

Kongsikan artikel ini

Terdapat beberapa teknik yang boleh kita gunakan untuk menguji emas fizikal kita sama ada emas kita tulen atau pun tidak.

Saya pasti ramai yang ingin tahu apakah teknik-teknik tersebut.

Jom kita saksikan video eksperimen ujikaji emas fizikal yang telah disediakan di bawah.

Part 1
https://www.youtube.com/watch?v=OT4sEfhbIiw

Haa.. pasti anda sudah tahu kan bagaimana cara untuk menguji emas? Teknik pertama ini begitu mudah untuk diaplikasikan di rumah sahaja kerana bahan untuk membuat ujikaji ini hanya menggunakan magnet.

Teknik ujikaji menggunakan magnet ialah anda meletakkan magnet pada emas anda. Sekiranya emas anda tertarik, itu menunjukkan emas anda bukanlah emas yang betul atau tulen kerana ia mengandungi besi.

Teknik kedua pula ialah anda menggunakan cecair asid. Sekiranya anda ingin melakukan ujikaji ini, sila pastikan anda memakai sarung tangan dahulu supaya asid tidak merosakkan kulit tangan anda. Juga anda harus pastikan tiada anak-anak kecil yang mengganggu ketika sesi ujikaji dilakukan.

Terdapat dua jenis cecair asid yang digunakan untuk ujikaji ini iaitu cecair asid hidroklorik dan asid nitrik. Cara-caranya ialah anda goreskan emas anda di atas permukaan batu sungai, kemudian letakkan cecair asid hidroklorik di atas permukaan yang telah digesekkan emas tersebut. Ujikaji ini adalah untuk mengetahui sama ada emas tersebut emas ataupun bukan. Sekiranya batu tersebut berasap lama, maka emas yang diuji tadi bukan lah emas tulen.

Kemudian, titikkan sekali lagi asid di atas permukaan batu sungai tersebut dengan menggunakan asid nitrik pula. Kali ini ujikaji nya adalah untuk mengetahui kategori emas tersebut sama ada ia emas 999, 916 atau 850.

.
.

Teknik ujikaji emas fizikal yang ketiga pula ialah dengan menggunakan timbang. Timbangkan emas anda dan lihat sama ada benar atau tidak emas tersebut cukup gramnya. Dengan ini anada boleh memastikan bahawa emas yang anda beli cukup timbangan gramnya.

Teknik yang keempat pula ialah teknik densimeter. Teknik ini memerlukan alat densimeter untuk menguji kategori emas tersebut. Masukkan emas anda ke dalam air biasa yang telah diletakkan di dalam alat densimeter. Setkan dahulu timbangan emas anda dan kemudian anda sudah boleh cek. Alat ini akan memaparkan jenis emas dan karat emas tersebut seperti emas 999 24 karat.

Teknik yang kelima pula akan diberitahu dalam Mari Belajar Teknik Ujikaji Emas Fizikal – Part 2 pada masa akan datang.

Semoga info tersebut sedikit sebanyak mampu membantu anda yang ingin melakukan ujikaji emas anda sendiri dirumah.