23 March, 2025

KETAHUI JENIS-JENIS MEDIUM TRADING

KETAHUI JENIS-JENIS MEDIUM TRADING

Sebelum memasuki bidang Trader, satu ilmu yang perlu kita ketahui dan fahami adalah jenis-jenis medium trading.

Terdapat 5 jenis medium trading yang disenaraikan oleh Ir Sofian iaitu Foreign Exchange (FOREX), Komoditi, Index, Futures dan Pasaran Saham.

Di bawah ini adalah link video Ir Sofian menerangkan mengenai jenis-jenis medium trading dalam program Trade Gold For Money (TG4M) pada 27 Februari 2016 yang lepas.

https://www.youtube.com/watch?v=mFUlhvlcdXg

Di dalam video di atas, Ir Sofian menerangkan mengenai jenis-jenis medium trading antaranya ialah mengenai FOREX. Forex ini merupakan pertukaran matawang dunia yang mempunyai pasangannya. Kata kunci yang paling penting bagi FOREX ini adalah pair iaitu pasangan. Seperti contoh matawang Jepun dan matawang United State. Secara tak langsung, kita juga terlibat dengan FOREX apabila kita melihat naik turun matawang negara kita.

Selain itu, Ir Sofian juga menerangkan jenis medium trading Komoditi yang berkaitan dengan bahan-bahan alam semulajadi seperti emas, minyak sawit, timah dan sebagainya. Manakala jenis medium trading index pula merupakan petanda kepada sesuatu negara sama ada ia menunjukkan negara tersebut berada dalam keadaan baik atau tidak. Sekiranya index nya menaik, ia menunjukkan saham negara tersebut mengalami keuntungan, begitu juga sebaliknya.

Bagi jenis medium trading Futures pula, Ir Sofian menyatakan ia merupakan medium trading bagi kita memikirkan mengenai masa depan. Futures merupakan instrumen yang kita gunakan untuk bertransaksi dan mempunyai tempoh matang. Akhir sekali ialah jenis medium trading Pasaran Saham. Seperti yang kita sedia maklum, pasaran saham ini merupakan saham-saham yang didaftarkan di bursa seperti Bursa Malaysia.

Itulah dia sedikit sebanyak perkongsian dari Ir Sofian mengenai jenis-jenis medium trading yang perlu diketahui oleh trader atau mereka yang ingin menceburi bidang ini.

1 thought on “KETAHUI JENIS-JENIS MEDIUM TRADING

Comments are closed.