Kongsikan artikel ini

Dah sedia untuk sambungan?
.

Bagaimana dengan tips dari part 1? Anda boleh faham? Boleh follow?
.

Kalau dah faham, dah boleh follow, kita teruskan dengan tips yang seterusnya.
.

Macam mana nak berjinak dalam dunia pelaburan emas ni?
.
.

6. Beli emas yang Premium rendah

ir-sofian-akademi-jl-beli-emas-yang-premium-rendah

Premium ni beza harga antara harga emas yang dijual dengan harga emas semasa. Harga emas semasa ni kira harga emas dunialah.
.

Jadi, kalau nak untung, kena lah bei emas yang premiumnya rendah, bawah 8% sebab lebih untung. Mana tak untung kalau harga kita labur beli emas hampir-hampir dengan harga spot?
.
.

7. Beli emas lama

ir-sofian-akademi-jl-beli-emas-lama

Nak melabur emas ni tak semestinya kena beli emas baru. Emas yang terpakai pun pun boleh dibeli lagi. Tak kisah lah calar ke, atau bengkok ke, asalkan emas tersebut masih lagi mudah dijual dan dibeli oleh pengedar emas.
.

Tambahan pula, kalau beli emas lama ni, murah sikit kosnya.
.
.

8. Beli emas besar

ir-sofian-akademi-jl-beli-emas-besar

Sebab apa kena beli emas besar kalau modal pelaburan banyak?
.

Sebabnya, emas ni kalau beli lagi berat gramnya, lagi besar, harganya makin rendah. Kira berbeza lah dengan harga yang kita beli 1 gram tu. Kos pembuatan emas 1 gram tinggi berbanding emas 500 gram.
.

Jadi, beli saja emas besar kalau anda ada modal lebih. Lagi pula, emas besar ni susut nilainya rendah. Berbaloi-baloi lah untung pelaburan emas ni.
.
.

9. Jangan jual emas

ir-sofian-akademi-jl-jangan-jual-emas

Dalam konsep pelaburan, nak untung kenalah makan masa yang lama. Jadi, kalau anda nak untung dalam masa yang singkat dengan emas, anda salah.
.

Emas tak boleh bagi anda kaya dalam masa terdekat. Tapi hanya mampu kekalkan kekayaan anda.
.

Tunggu 5 tahun akan datang, pelaburan emas anda akan berbaloi-baloi. Lebih-lebih lagi bila krisis dunia berlaku, waktu tu, kalau anda nak jual emas anda, memang meletop lah.
.

10. Buat perancangan

ir-sofian-akademi-jl-buat-perancangan

Perancangan dan strategi tu penting dalam mana-mana pelaburan yang kita lakukan. jadi, dalam pelaburan emas ni pun kena ada perancangan.
.

Anda kenalah rancang dengan teliti proses pelaburan anda supaya kemas dan teratur.
.
.

11. Jangan ‘suka-suka’ pajak emas

ir-sofian-akademi-jl-jangan-suka-suka-pajak-emas

Bila berjinak-jinak melabur emas ni, kita kena tahu apa tujuan bagi setiap tindakan kita. Kenapa beli banyak ni, kenapa beli masa murah, kenapa jual balik. Banyak lagi lah kena tahu.
.

Oleh itu, jangan main suka-suka saja pajakkan emas anda di kedai pajak tanpa tahu motif yang kuat. Kalau bukan sebab terdesak nak pakai duit, jangan suka-suka masukka emas anda dalam pajak gadai.
.

Melainkan anda nak atur startegi baru iaitu jana emas dengan emas.
.
.

Anda dah dapatkan semua tips??
.

Jadi tunggu apa lagi? Bertindaklah sekarang.
.

Admin -FT