Kongsikan artikel ini

Berminat dengan Pelaburan Emas?

Siapa di sini yang minat dengan pelaburan emas? Minat sebab apa ya?
.

Adakah sebab emas ni magnet kekayaan? Atau sebab anda sukakan emas? Ke….Sebab dua-dua?
.

Kalau anda nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, banyak perkara yang perlu anda tahu. Dan semuanya adalah penting. Nak tahu sebab apa?
.

Sebabnya. . . Supaya anda semua tak tertipu dengan Scammer. Kan sekarang ni dah terlalu banyak scammer, macam cendawan tumbuh. Tak habis-habis kes kena tipu, duit lesap, emas tak sampai-sampai, habis ribu-ribu, macam-macam lagi lah.
.

Ke ada di antara anda yang pernah kena?
.

Tolonglah serik. Anda sepatutnya gali lagi ilmu pasal pelaburan emas kalau betul-betul nak pegang kekayaan. Biar sampai ilmu tu penuh di dada.
.

Macam kata bomoh dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah,

“Kalau ngak penuh ilmu di dada, ngak sampe…”

.

Jadi, anda ambil tips di bawah ini, fahamkan dan amalkan. Jangan risau, sebab ilmu itu milik semua orang dan semua orang berhak untuk kaya. Tapi? Dengan berilmu.
.

Jadikan ilmu pelaburan emas ini sebagai panduan anda untuk memulakan pelaburan emas anda. Jadikan langkah pertama anda ini sebagai langkah untuk menuju kekayaan.

1. Beli emas fizikal

ir-sofian-akademi-jl-beli-emas-fizikal

Nak melabur dalam emas kenalah dapatkan emas fizikal. Bukannya dapatkan kertas kosong atau slip berisi angka. Emas mana boleh di sama tarafkan dengan benda lain.
.

Sebab itu harga emas sangat bernilai.
.
.

2. Beli ketika ada duit

ir-sofian-akademi-jl-beli-ketika-ada-duit

Nak beli emas tak perlu tunggu sampai harga emas turun. Nak mula melabur, terus saja melabur. Kalau emas turun, melabur lagi, beli lagi.
.

Sebab anda takkan rugi lah melabur dalam emas. Kalau anda simpan sampai 6 tahun akan datang pun dah untung dah.
.
.

3. Jangan laburkan kesemua wang

ir-sofian-akademi-jl-jangan-laburkan-kesemua-wang

Kalau dah ada modal tu, jangan lah pua habiskan kesemuanya beli emas. Labur sikit-sikit. Hari ni beli seketul, bulan depan beli seketul lagi, kalau emas turun, beli lagi.
.

Kena pandai rancang strategi penggunaan wang pelaburan lah. Baru selamat.
.
.

4. Jangan buat pinjaman

ir-sofian-akademi-jl-jangan-buat-pinjaman

Nak melabur emas tak perlulah sampai nak buat pinjaman bank bagai. Cukuplah gunakan wang simpanan anda. Daripada wang tu duduk saja dalam bank, elok dijadikan emas.
.

Kalau berlaku inflasi, dah mampu selamatkan kekayaan anda.
.
.

5. Beli emas yang kurang Spread

ir-sofian-akademi-jl-beli-emas-yang-kurang-spread

Masa nak melabur dalam emas, anda kena ada ilmu pasal spread. Spread yang kurang dari 7% adalah spread yang bagus. Kira pelaburan anda tu memang ngam dah. Cantik saja.
.

Nak kira spread ni tak susah pun. Harga jualan – Harga belian / Harga jualan X 100, dapatlah nilai spread.
.

Saya bagikan contoh untuk anda mudah faham cara nak kira spread ni. Katakanlah harga jualan emas tersebut untuk 10g adalah RM1717.90 dan harga dia beli semlua emas tersebut adalah RM1664.40.

[RM1717.90 – RM1664.40] /RM1717.90 X 100 = 3%
.
.

6. ???

7. ???
.

Nak lagi?

Kalau nak lagi, kena follow Akademi JL lah di facebook. Baru kita bagi lebih. Betul ke betul?

Admin – FT