Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
6 min readSenarai Sekuriti Patuh Syariah oleh
Majlis Penasihat Syariah
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Penolak Tuntutan
Buku kecil ini bukan merupakan satu syor untuk membeli atau menjual sekuriti yang
diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia (SC). Tujuannya hanyalah untuk memberikan penerangan am. Buku ini
tidak mengandungi nasihat atau maklumat yang menyeluruh berkaitan dengan perkara
yang dibincangkan. Ia tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti kepada nasihat
perundangan atau pelaburan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, anda disyorkan
supaya mendapatkan nasihat profesional.
Walaupun segala usaha telah diambil dalam memastikan ketepatan kandungan buku kecil
ini, pihak SC tidak akan dipertanggungjawab bagi mana-mana maklumat yang tidak tepat
atau tidak lengkap.
Senarai sekuriti patuh Syariah oleh MPS SC akan dikemas kini dan diumumkan kepada orang
ramai oleh SC.
Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah
meluluskan senarai kemas kini sekuriti yang diklasifikasikan sebagai sekuriti
patuh Syariah. Senarai sekuriti patuh Syariah, iaitu yang tersenarai di Bursa
Malaysia, berkuat kuasa mulai 27 November 2015.
Sebanyak 35 sekuriti yang baru diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti
patuh Syariah telah dimasukkan dalam senarai tersebut manakala 39 sekuriti
yang berada dalam senarai sebelum ini telah dikeluarkan. Senarai lengkap
667 sekuriti patuh Syariah serta pecahan mengikut sektor adalah seperti di
Lampiran.
Dalam mengklasifikasikan sekuriti ini, MPS menerima input dan sokongan
daripada SC yang mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut melalui,
antara lainnya, laporan tahunan dan pertanyaan yang dibuat kepada pihak
syarikat. MPS melalui SC, akan terus mengkaji status Syariah sekuriti-sekuriti
yang tersenarai di Bursa Malaysia pada setiap tahun, berdasarkan penyata
kewangan tahunan terkini syarikat yang diaudit1.
MPS mengadaptasi pendekatan kuantitatif dua peringkat yang mengguna
pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan, dalam
menentukan dan mengklasifikasikan status Syariah sekuriti-sekuriti tersenarai.
Oleh yang demikian, sekuriti-sekuriti akan diklasifikasikan sebagai patuh Syariah
sekiranya nisbah aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan mereka berada di
bawah tanda aras tersebut.
Tanda aras aktiviti perniagaan
Sumbangan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan
Kumpulan dan keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat akan
dikira dan dibandingkan dengan tanda aras aktiviti perniagaan yang relevan
seperti berikut:
(i) Tanda aras lima peratus
Tanda aras lima peratus ini diguna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut:
- perbankan konvensional;
Untuk senarai ini, MPS telah mengkaji penyata kewangan tahunan yang telah diaudit yang dikeluarkan
sehingga 30 September 2015, sebagaimana yang terdapat di laman sesawang Bursa Malaysia.
- insurans konvensional;
- perjudian;
- arak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
- babi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
- makanan dan minuman tidak halal;
- hiburan tidak patuh Syariah;
- tembakau dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
- pendapatan faedah2 daripada akaun dan instrumen konvensional
(termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada
keputusan mahkamah atau penimbang tara dan dividen3 daripada
pelaburan tidak patuh Syariah); dan
- aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah.
Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada
perniagaan/aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan
atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah
kurang daripada lima peratus.
(ii) Tanda aras 20 peratus
Tanda aras 20 peratus ini diguna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut:
- operasi hotel dan rumah peranginan;
- jual beli saham;
- pembrokeran saham;
- sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah; dan
- aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah.
Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada
perniagaan/aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan
atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah
kurang daripada 20 peratus.
2, 3 Pendapatan faedah akan dibandingkan dengan perolehan Kumpulan manakala dividen akan dibandingkan
dengan keuntungan sebelum cukai Kumpulan
4 SPAC adalah syarikat khas yang ditubuhkan bagi pengambilalihan perniagaan melalui pemerolehan
atau penggabungan dengan entiti-entiti lain. SPAC ialah syarikat awam yang belum mempunyai aktiviti
perniagaan (shell company) yang memperoleh dana melalui tawaran awam permulaan. Dana berkenaan
akan disimpan oleh pemegang amanah sementara menunggu proses pengambilalihan yang layak.
Tanda aras nisbah kewangan
Bagi tanda aras nisbah kewangan, MPS mengambil kira perkara berikut:
(i) Tunai ke atas jumlah aset
Tunai yang diambil kira ialah tunai yang ditempatkan dalam akaun dan
instrumen konvensional, manakala tunai yang ditempatkan dalam akaun
dan instrumen Islam tidak diambil kira dalam pengiraan ini.
(ii) Hutang ke atas jumlah aset
Hutang yang diambil kira ialah hutang yang berteraskan faedah,
manakala pembiayaan secara Islam ataupun sukuk tidak diambil kira
dalam pengiraan ini.
Setiap nisbah di atas, yang bertujuan untuk menilai riba dan elemen berteraskan
riba dalam penyata kedudukan kewangan sesebuah syarikat mestilah kurang
daripada 33 peratus.
Di samping kriteria kuantitatif dua peringkat di atas, MPS juga mengambil kira
aspek kualitatif yang melibatkan persepsi masyarakat umum atau imej aktiviti
syarikat dari perspektif pengajaran Islam.
Syarikat Pemerolehan Kegunaan Khas (SPAC)
Dalam mengklasifikasikan sekuriti SPAC, MPS mempertimbangkan kriteriakriteria
berikut:
(i) Aktiviti perniagaan yang dicadangkan hendaklah patuh Syariah;
(ii) Keseluruhan hasil kutipan daripada penerbitan tawaran awam permulaan
hendaklah ditempatkan dalam akaun Islam; dan
(iii) Sekiranya hasil kutipan dilaburkan, keseluruhan pelaburan berkenaan
hendaklah patuh Syariah.
Sekuriti-sekuriti patuh Syariah termasuk saham biasa dan waran (diterbitkan
oleh pihak syarikat sendiri). Ini bermakna waran diklasifikasikan sebagai sekuriti
patuh Syariah dengan syarat saham pendasarnya juga patuh Syariah. Selain
itu, stok pinjaman dan bon adalah sekuriti tidak patuh Syariah melainkan ianya
distruktur berdasarkan keputusan, konsep dan prinsip Syariah yang diluluskan
oleh MPS.
Tempoh pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah
Sebagai panduan kepada para pelabur, MPS ingin menasihatkan pelabur
mengenai tempoh untuk melupuskan sekuriti yang telah diklasifikasikan
sebagai tidak patuh Syariah.
(i) “Sekuriti patuh Syariah” yang kemudiannya bertukar status
kepada “tidak patuh Syariah”
Ini merujuk kepada sekuriti-sekuriti yang sebelum ini diklasifikasikan
sebagai patuh Syariah tetapi, oleh kerana beberapa faktor seperti
perubahan dalam operasi perniagaan syarikat dan kedudukan kewangan,
kemudiannya diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.
Oleh yang demikian, sekiranya pada tarikh senarai kemas kini berkuat
kuasa (27 November 2015), harga pasaran sekuriti tersebut melebihi
atau bersamaan dengan kos pelaburan, para pelabur yang memegang
sekuriti tidak patuh Syariah tersebut mesti melupuskannya. Sebarang
dividen yang diterima sehingga tarikh pengumuman dibuat serta
keuntungan modal hasil daripada pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah
tersebut pada tarikh pengumuman dibuat, boleh disimpan oleh para
pelabur. Walau bagaimanapun, sebarang dividen yang diterima dan
lebihan keuntungan modal yang diterima hasil daripada pelupusan
sekuriti tidak patuh Syariah selepas hari pengumuman, hendaklah
disalurkan kepada baitulmal dan/atau badan-badan kebajikan5.
Sebaliknya para pelabur dibenarkan untuk memegang pelaburan dalam
sekuriti tidak patuh Syariah sekiranya harga pasaran sekuriti tersebut
berada di bawah kos pelaburan. Sepanjang tempoh pegangan sekuriti
5 Bagi dana-dana Islam seperti dana unit amanah Islam, dana borong Islam dan sebagainya, keuntungan
mestilah disalurkan kepada baitulmal dan/atau badan-badan kebajikan seperti yang dinasihatkan oleh
penasihat Syariah mereka atau penasihat Syariah bagi pengurusan dana berkenaan.
tidak patuh Syariah, para pelabur juga dibenarkan untuk menyimpan
dividen yang diterima sehingga jumlah dividen yang diterima dan harga
pasaran sekuriti tidak patuh Syariah tersebut bersamaan dengan kos
pelaburan. Pada ketika ini, para pelabur dinasihatkan untuk melupuskan
pegangan mereka.
Di samping itu, sepanjang tempoh pegangan, para pelabur juga
dibenarkan untuk melanggan:
(a) sebarang terbitan sekuriti baru oleh syarikat yang mana sekuritinya
tidak patuh Syariah yang dipegang oleh pelabur, sebagai contoh,
terbitan hak, terbitan bonus, terbitan khas dan waran (tidak
termasuk sekuriti yang tidak patuh Syariah seperti stok pinjaman);
dan
(b) sekuriti patuh Syariah syarikat lain yang ditawarkan oleh syarikat
yang mana sekuritinya tidak patuh Syariah yang dipegang oleh
para pelabur,
dengan syarat mereka menyegerakan pelupusan sekuriti tidak patuh
Syariah tersebut.
(ii) Sekuriti tidak patuh Syariah
MPS menasihatkan para pelabur yang melabur berdasarkan prinsip
Syariah supaya melupuskan sekuriti tidak patuh Syariah yang dipegang,
dalam tempoh tidak melebihi satu bulan selepas mengetahui status
sekuriti tersebut. Sebarang keuntungan dalam bentuk keuntungan
modal atau dividen yang diterima sebelum atau selepas pelupusan
sekuriti tersebut hendaklah disalurkan kepada baitulmal dan/atau badan
kebajikan. Para pelabur hanya berhak untuk mengambil kos pelaburan
sahaja.6
Perhatian: Kos pelaburan termasuk kos pembrokeran atau
kos transaksi yang berkaitan.
Sumber dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau anda boleh layari laman sesawang ini.
#AkademiJL