17 May, 2025

Program Simplified Trading Signal #STS November 2015

Program Simplified Trading Signal #STS 2015

Pada 7, 8 & 9 November 2015 yang lepas, pihak Akademi JL telah menganjurkan program Simplified Trading Signal #STS atas permintaan ramai kerana sepatutnya program #STS telah berakhir pada program yang lepas di bulan September.

Hari pertama program Simplified Trading Signal ini dimulakan dengan bacaan doa dan sesi menyatakan matlamat dari para peserta dan tujuan mereka hadir ke dalam program #STS ini. Semua peserta STS berkongsi semua matlamat mereka bersama Ir Sofian dan membolehkan mereka lebih bersemangat untuk mencapai matlamat tersebut dengan belajar sesuatu ilmu baru iaitu ilmu menganalisa pasaran masa hadapan dan bukan hanya menjadi seorang Trader yang tidak tahu membaca pasaran sebelum ini. Peserta STS diajar bagaimana mahu menjadi Trader yang berdisiplin dan tidak melanggar peraturan iaitu main ‘belasah’ sahaja masuk ke dalam pasaran. Peserta STS juga mula diperkenalkan kepada 15 strategi untuk predict market dan cara melukis Trend line dan sebagainya.

Hari kedua diteruskan dengan 15 strategi yang dikongsikan oleh Ir Sofian untuk menganalisa pasaran akan datang.

 Semua peserta Simplified Trading Signal sehingga hari ketiga masih bertenaga dan bersemangat untuk terus menuntut ilmu dalam meneruskan untuk memahami 15 strategi dan lain-lain silibus yang diterangkan oleh Ir Sofian. Walaupun silibus #STS sangat padat, tetapi Ir Sofian menyampaikan secara ringkas dan senang untuk difahami.

Hidangan makan petang hari pertama & kedua.

sts pisang goreng

Hidangan makan petang pada hari ketiga program #STS.. Domino’s Pizza delivery istimewa untuk para peserta. 🙂

sts pizza

Alhamdulilah. Testimoni dari semua peserta #STS sangat memberangsangkan dan amat positif.

Tahniah & Terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta #STS November 2015 ini.

STS2015

Kami doakan anda semua menjadi seorang Trader yang berjaya.

Amin.

#AkademiJL

#IrSofian

Follow us on twitter,

Hotline

+6019 322 6769