17 May, 2025

Apakah Gold Trading ?

Apakah Gold Trading ?

 

Banyak persoalan yang saya dapat di dalam facebook.

Mereka bertanyakan apakah itu #Gold Trading ?

 

 

Mungkin di sini, saya ingin memberikan sedikit buah fikiran atau pencerahan tentang apakah itu ‘Gold Trading’.

Gold trading merupakan satu pertukaran atau pun perdagangan #emas (gold) dengan satu mata wang yang satu dunia gunakan iaitu USD.

 

Pada kelazimannya …

Apabila kita pergi ke kedai emas untuk membeli #emas.

Saya ambil contoh, anda beli emas bar tulen 999 untuk hadiah kepada isteri tersayang anda yang beratnya 50gram.

Pada masa itu harga segram emas adalah RM 140.00/gram.

Ini bermakna anda memerlukan wang MYR atau Ringgit Malaysia

sebanyak RM 7,000.00 untuk mendapatkan emas seberat 50gram.

Sebenarnya pada masa ini, anda telah menukarkan duit MYR kepada emas dengan urusniaga tersebut.

promo_2

Dalam situasi lain, jika anda hendak menggunakan duit,

anda jual emas tersebut dengan harga RM 150.00/gram.

Secara tidak langsung, ‘trading’ anda tersebut dapat wang RM 7,500.00 dan anda mendapat untung sebanyak RM 500.00.

 

 

Saya tahu, anda ada persoalan seterusnya ….

Itu adalah urusniaga di kedai emas, antara EMAS dan RM.

So macam mana dengan #gold yang #trading secara on line ?

T4M23

 

Dalam perdangan (trading) emas secara on line, ia di kenali dengan nama #GOLD atau juga dikenali dengan nama XAU dan ia dikaitkan (pair) dengan matawang USD sebagaimana yang saya sebutkan di atas.

Sebutannya adalah begini : XAU/USD atau GOLD/USD

AU = Aurum bahasa latin atau nama kimia bagi #Emas

X = adalah bahasa short form bagi perdagangan Spot atau Forex

 

 

Sila lihat di bawah ini….

Terdapat perbezaan dari segi 2 harga iaitu antara harga di kedai #emas dan harga #emas secara on line.

Sila lihat di bawah ini :

Gold/MYR (dalam sebutan gram)

dan

XAU/USD atau Gold/USD (dalam sebutan troy ouns)

 

 

Contoh simulasi yang sama boleh saya ambil dalam urusan #trading #gold on line ini.

Anda membuat analisa dan mendapati bahawa emas akan naik dari harga sekarang iaitu $1,200.00/oz.

Selepas itu anda membuat transaksi trading dengan membeli #emas itu sebanyak 1 troy ouns.

Selepas suatu ketika, harga meningkat kepada $1,230.00/oz dan anda menjualnya.

Keuntungan yang anda dapat adalah $30.00 untuk 1 troy ouns tadi.

 

 

Konsep perjalanan yang hampir sama dalam dua cara urusniaga tersebut kan !!.

Untuk anda memahami secara mudah.

 

 

Adakah anda sudah faham ?

 

 

Saya nak tambahan lagi sikit,

Takut terlupa nak inform….

 

 

Dalam trading on-line, ia di kawal oleh broker atau bahasa biasa kita BANK.

Setiap urusniaga kita di komputer hanya tekan keyboard  aje.

Dan dengan menggunakan sistem dan teknologi yang sudah serba canggih sekarang ini,

segala urusniaga trading menggunakan platform dari broker tersebut.

 

 

Disebabkan urusniaga ini melibatkan pelabur-pelabur dunia yang besar.

Oleh sebab itu lah , broker mewujudkan margin untuk membolehkan pelabur runcit yang bersaiz kecil boleh di terima masuk dalam pasaran yang terbuka.

 

 

Sesuatu yang perlu di ingat, bahawa apabila kita pergi membeli emas di kedai #emas , pastinya kita hendak membeli #emas.

Akan tetapi apabila kita bertrading emas , kita sebenarnya hendak membeli saham #emas yang sedang diperdagangkan pada masa terkini.

 

 

Nanti saya akan kongsikan lagi eh !

 

 

#AkademiJL #IrSofian